12 tahun . Alhamdulillah usia perkahwinan kami dan selamat hari jadi wahai bidadariku puan_fazi_fuad.
.
Kenal baru 3 hari sudah melamar . Tak sampai 2 bulan dah sah jadi suami isteri .. Alhamdulillah.
.
Mungkin oleh krn perkenalan yang singkat, Allah bg kami honeymoon 10 thn dahulu , baru Allah hadirkan @adamfatehlee dlm hidup kami.
.
Nak tips perkahwinan. Sebenarnya tak ada pon tips. Mcm org lain juga. Bergurau senda selalu , bergaduh pon selalu.. itu mmg lumrah rumahtangga. Proses kenal diri pasangan dan juga sendiri juga.
.
Yang penting kita tahu tanggungjawab kita. Kalau pasangan kita buat salah, mmg lah kita rasa marah.. tp jgn marah lama2 . Lepas marah tu, buat mcm biasa balik. Tak payah biarkan marah tu berpanjangan. kalau kita buat salah, cepat-cepat minta maaf.
.
Ungkit mengungkit elakkan.
Cakap jgn berkias-kias.. cakap terus terang, pendek tapi padat dan sampai maksudnya.
.
Selalulah buat aktiviti bersama. jangan biarkan pasangan keseorangan.
Jgn terlalu ambil hati dgn pasangan.
kalau nak hubungan perkahwinan itu kekal hingga ke jannah , agama jgn tolak ke tepi... InsyaAllah.
.
jika kita rasa rumahtangga kita sudah bahagia luarannya tp jika tak solat, tak jaga aurat, tak tunai perintah Alllah & tinggalkan laranganNya pon tak guna.. tiada berkatnya rumahtangga..
.
elakkan bandingkan hidup kita dengan orang lain.
.
elakkan bandingkan pasangan kita garang dengan pasangan orang lain romantik .. kita sedih.
.
elakkan bandingkan orang lain ada anak, kita pula tak ada anak.. begitulah sebaliknya.
.
Setiap org ada kelebihan & kekurangan yang kita tak tahu ceritanya
Saling mendoakan itu lebih baik 😊
.
Kita lah yang mencorakkan & menceriakan kehidupan kita. Terus bergantung kepadaNya.
.
.
jadikan rumahtangga jambatan kita semua ke syurga. insyaAllah aamin allahumma aamin
.
senyum selalu
selalu bersangka baik
insyaAllah hati tenang
#adamcorrie
www.adamcorrie.my